Tuesday, April 1, 2008
Wanita disaran pelajari ilmu mempertahankan diri
Salah seorang remaja, Roslina Yusof,28 ketika ditemui Sinar Harian berkata, ilmu itu wajar dipelajari sebagai usaha mempertahankan diri bagi mengelak gangguan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan ke atas kelemahan kaum wanita.
“Ini kerana masih ramai yang menganggap golongan wanita sebagai kaum yang lemah dan boleh dilakukan sesuka hati mereka, namun jika kita mempunyai ilmu mempertahankan diri, secara tidak langsung ia dapat membantu menyelamatkan diri daripada ancaman.
“Sehubungan itu, golongan wanita seharusnya sedar bahawa seni bela diri ini sememangnya amat penting sebagai benteng untuk diri kita,” ujarnya.
Tambahnya, apabila seseorang wanita mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri, kejadian ragut dan pencabulan yang semakin menjadi-jadi membabitkan golongan itu juga dapat dikurangkan.
“Sedikit sebanyak mereka tahu cara untuk mempertahankan diri daripada terus menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab,’’ katanya.
Sehubungan itu, Roslina mencadangkan wanita yang berminat mempelajari ilmu mempertahankan diri agar mencari tenaga pengajar yang benar-benar terlatih serta diiktiraf .
Sementara itu Nor Syahira Ibrahim, 17 pula berpendapat, seni mempertahankan diri sewajarnya dipelajari kaum wanita tidak kira remaja atau golongan dewasa bagi mengelak tragedi yang tidak diingini berlaku.
“Tidak rugi sebenarnya jika kita mempelajari ilmu seni mempertahankan diri, malah ia merupakan satu bonus kepada mereka yang mahir dalam ilmu tersebut sebagai benteng kehidupan mereka,” ujarnya.
Antara seni mempertahankan diri yang seharusnya dipelajari oleh wanita ialah seni silat, tea kwan do, karate dan sebagainya.
Nor Syahira juga mencadangkan agar persatuan seni silat dapat menganjurkan kejohanan seni mempertahankan diri dalam kalangan wanita bagi mendedahkan kepentingan ilmu itu terhadap mereka pada masa akan datang.
“Saya berharap golongan wanita hari ini mengambil berat soal keselamatan diri, dan berusaha mencari inisiatif untuk belajar cara-cara mempertahankan diri mereka,” katanya.
Masker untuk kulit berminyak
1 sudu perahan air limau nipis
1 biji putih telur
2 sudu madu
3 biji buah strawberi segar
2 titis minyak pati oren
Cara membuat masker :
- Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
- Sapukan secara merata pada wajah yg sudah dibersihkan
kecuali di sekitar mata
- Biarkan selama 10-15 minit, gunakan tuala yg direndam dlm
air suam untuk munekannya. Tekan dnegan lembut dan
perlahan-lahan.
- Kemudian, cuci dengan air suam, lalu bilas dengan air dingin.
Setelah wajah bersih, gunakan pelembab wajah....
selamat mencuba.....
sayangilah jantung anda
Risiko Penyakit untuk Lelaki Gemuk
2 . Gemuk penyebab kanser.
3 . Gemuk penyebab diabetes.
4 . Gemuk penyebab stroke.
5 . Gemuk punca masalah batu karang.
FAKTA!!!
Bagaimana kegemukan boleh menjadi penyebab kenser?
kajian tentangnya masih dijalankan tapi ada asasnya
telah ada. Dengan peningkatan berat badan, tisu lemak
yang berlebihan akan mengganggu keseimbangan
hormon tubuh. membuatkan tubuh lebih mudah menjadi
tempat pertumbuhan tumor.
jantung anda
masalah saluran darah ke jantung
berdengkur
4 Cara hentikan dengkur Daripada penyelidikan yang dilakukan di American Academy of Otolaryngology, didapati kira-kira 45% orang dewasa mengalami masalah dengkur ketika tidur. Masalah ini lebih banyak terjadi kepada kaum lelaki dan mereka yang mempunyai berat yang berlebihan. Jika anda salah seorang yang mengalami masalah ini, anda boleh menghentikan kebiasaan ini melalui perubahan pola hidup seperti berikut :- 1. Mengubah posisi tidur | |
2. Turunkan 10% berat badan
|
ganguan pernafasan
Masalah sering melanda kulit lelaki :(
Penyakit Jantung : Yang Sering Di Hidapi Lelaki
Melalui laporan daripada Kementerian Kesihatan , penyakit jantung adalah yang paling ramai dihidapi oleh kaun lelaki.Penyakit yang lain pula adalah barah, buah pinggang, tyroid dan kencing manis.
Kenalpasti
- Tidak ada cara lain untuk anda mengenalpasti penyakit-penyakit ini melainkan membuat pemeriksaan sebanyak 2 kali dalam setahun.Teknik ini adalah yang terbaik kerana anda kenalpasti penyakit ini lebih awal sebelum anda terasa sesuatu yang pelik berlaku pada tubuh anggota badan anda.
- Pergi ke hospital kerajaan yang menawarkan pemeriksaan keseluruhan tetapi anda harus bersabar dengan masa.Mungkin anda perlu ambil cuti sehari untuknya.Tetapi jika anda wang lebih, keputusan akan lebih cepat jika anda pergi ke klinik swasta
Penyakit Jantung
Pembunuh nombor satu bagi lelaki selain kemalangan jalanraya.Nisbah antara lelaki dan perempuan yang menghidapnya adalah 5:1.Wanita mempunyai oestrogen yang membantu mengekalkan salur darah dalam keadaan normal.
Punca-puncanya
- kencing manis dan darah tinggi
- pengidap kencing manis dikaitkan dengan kekurangan insulin yang mana insulin bertugas untuk menghancurkan lemak sewaktu metabolisma.Akibatnya, salur darah menjadi sempit dan mengurangkan bekalan darah ke jantung
- tekanan darah tinggi pula boleh mendorong jantung bekerja lebih teruk dan menjadi besar.Oksijen diperlukan dengan banyak bila jantung membesar.Jika oksijen tak cukup, otot-otot jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.
Lain-lain Faktor
Antara lain-lain faktor penyebab penyakit jantung ini adalah
- keturunan
- pengambilan makanan lemak yang berlebihan
- alkohol boleh menukarkan lemak baik (sayuran) kepada lemak yang tidak baik
- merokok mengurangkan keberkesanan paru-paru menghantar oksigen ke jantung
- kurang senaman menyebabkan lemak tidak dibakar sepenuhnya.
Tanda-tanda penyakit jantung
- selalu rasa sakit di bahagian dada
- selalu berpeluh dengan banyak (berpeluh dengan cara yang tidak normal)
- selalu rasa pening dan muntah
Bagaimana mencegahnya
- buat senaman yang teratur
- rawat segera jika anda ada darah tinggi dan kencing manis
- merokok dan berakohol perlu dihindari demi jantung anda
- jika berat badan berlebihan,berusahalah dengan senaman dan kurangkan pengambilan lemak.Jangan ambil pil kurus badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan yang lain.
No comments:
Post a Comment