Powered By Blogger

Saturday, March 29, 2008

Hipertensi

Masalah hipertensi di kalangan rakyat Malaysia yang berusia
melebihi 30 tahun sedang meningkat.


Gaya hidup sihat mengurangkan risiko menghidap darah tinggi


TEKANAN darah adalah daya penolakan darah terhadap dinding salur darah. Jantung mengepam darah ke dalam arteri, yang seterusnya menyampaikan darah ke seluruh bahagian badan manusia.

Maka, tekanan darah tinggi yang dikaitkan dengan hipertensi adalah sangat berbahaya kerana ia membuatkan jantung terpaksa 'bekerja' lebih kuat untuk memompa darah ke seluruh tubuh.

Keadaan ini menyumbang kepada pengerasan arteri atau aterosklerosis dan membawa kepada kegagalan jantung.

Penyakit kardiovaskular masih kekal sebagai pembunuh nombor satu di dunia.

Ia termasuk penyakit arteri koronari dan strok. Mengikut rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira seperlima, atau 1.6 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia disumbangkan oleh penyakit ini.

Di Malaysia, kewujudan masalah hipertensi di kalangan orang dewasa yang berusia melebihi 30 tahun sedang meningkat.

Jika dalam Kaji Selidik Morbiditi Kesihatan Kebangsaan pada tahun 1996 mencatatkan peratusan sebanyak 33 peratus, catatan kaji selidik yang dilakukan pada tahun 2006 pula adalah sebanyak 42 peratus.

"Dalam kita bercakap tentang perkara yang membimbangkan ini, terdapat dua objektif yang dimainkan oleh bidang perubatan. Pertama adalah memanjangkan hayat dan yang kedua mengurangkan simptom," kata Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datuk Dr. Azhari Rosman.

Masker untuk kulit berminyak

Bahan-bahan :
1 sudu perahan air limau nipis
1 biji putih telur
2 sudu madu
3 biji buah strawberi segar
2 titis minyak pati oren

Cara membuat masker :
- Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
- Sapukan secara merata pada wajah yg sudah dibersihkan
kecuali di sekitar mata
- Biarkan selama 10-15 minit, gunakan tuala yg direndam dlm
air suam untuk munekannya. Tekan dnegan lembut dan
perlahan-lahan.
- Kemudian, cuci dengan air suam, lalu bilas dengan air dingin.
Setelah wajah bersih, gunakan pelembab wajah....

selamat mencuba.....

sayangilah jantung anda

sayangilah jantung anda

Risiko Penyakit untuk Lelaki Gemuk

1 . Gemuk punca penyakit jantung.
2 . Gemuk penyebab kanser.
3 . Gemuk penyebab diabetes.
4 . Gemuk penyebab stroke.
5 . Gemuk punca masalah batu karang.

FAKTA!!!
Bagaimana kegemukan boleh menjadi penyebab kenser?
kajian tentangnya masih dijalankan tapi ada asasnya
telah ada. Dengan peningkatan berat badan, tisu lemak
yang berlebihan akan mengganggu keseimbangan
hormon tubuh. membuatkan tubuh lebih mudah menjadi
tempat pertumbuhan tumor.

jantung anda

jantung anda

masalah saluran darah ke jantung

masalah saluran darah ke jantung

berdengkur

4 Cara hentikan dengkur

Daripada penyelidikan yang dilakukan di American Academy of Otolaryngology, didapati kira-kira 45% orang dewasa mengalami masalah dengkur ketika tidur. Masalah ini lebih banyak terjadi kepada kaum lelaki dan mereka yang mempunyai berat yang berlebihan. Jika anda salah seorang yang mengalami masalah ini, anda boleh menghentikan kebiasaan ini melalui perubahan pola hidup seperti berikut :-

1. Mengubah posisi tidur
Dengkuran berbunyi ketika posisi tidur terlentang sehingga lidah tertarik ke belakang dan aliran udara mengalami penyempitan. Oleh itu, cubalah ubah posisi tidur kepada mengiring agar terhindar daripada berdengkur.

2. Turunkan 10% berat badan
Orang yang 'overweight' atau berat badan berlebih mempunyai jaringan leher yang tebal dan memungkinkan timbulnya risiko berdengkur. Jika anda salah seorang daripadanya, turunkan berat anda kira-kira 10%.Ia dapat membantu menghentikan kebiasaan yang mengganggu tidur itu.


3. Hindari Alkohol dan Ubat Penenang
Ubat penenang seperti pil tidur atau alkohol dengan kadar rendah boleh menyebabkan berdengkur kerana ia akan menekan pernafasan anda. Oleh itu, jauhi anda dari kedua-duanya.


4. Hirup Wap Air Sebelum Tidur
Hidung tersumbat juga boleh menyebabkan dengkuran. Salah satu cara untuk menghindari hidung tersumbat adalah dengan menghirup wap air sebelum tidur.


ganguan pernafasan

ganguan pernafasan

Masalah sering melanda kulit lelaki :(

kulit berminyak adalah salah satu masalah pada kulit seorang lelaki... jadi jangan biar kan kulit anda terus dihuni minyak yg berlebihan, cuba lah tips di bawah ini.

Penyakit Jantung : Yang Sering Di Hidapi Lelaki

Melalui laporan daripada Kementerian Kesihatan , penyakit jantung adalah yang paling ramai dihidapi oleh kaun lelaki.Penyakit yang lain pula adalah barah, buah pinggang, tyroid dan kencing manis.

Kenalpasti

  • Tidak ada cara lain untuk anda mengenalpasti penyakit-penyakit ini melainkan membuat pemeriksaan sebanyak 2 kali dalam setahun.Teknik ini adalah yang terbaik kerana anda kenalpasti penyakit ini lebih awal sebelum anda terasa sesuatu yang pelik berlaku pada tubuh anggota badan anda.
  • Pergi ke hospital kerajaan yang menawarkan pemeriksaan keseluruhan tetapi anda harus bersabar dengan masa.Mungkin anda perlu ambil cuti sehari untuknya.Tetapi jika anda wang lebih, keputusan akan lebih cepat jika anda pergi ke klinik swasta

Penyakit Jantung

Pembunuh nombor satu bagi lelaki selain kemalangan jalanraya.Nisbah antara lelaki dan perempuan yang menghidapnya adalah 5:1.Wanita mempunyai oestrogen yang membantu mengekalkan salur darah dalam keadaan normal.

Punca-puncanya

  • kencing manis dan darah tinggi
  • pengidap kencing manis dikaitkan dengan kekurangan insulin yang mana insulin bertugas untuk menghancurkan lemak sewaktu metabolisma.Akibatnya, salur darah menjadi sempit dan mengurangkan bekalan darah ke jantung
  • tekanan darah tinggi pula boleh mendorong jantung bekerja lebih teruk dan menjadi besar.Oksijen diperlukan dengan banyak bila jantung membesar.Jika oksijen tak cukup, otot-otot jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.

Lain-lain Faktor

Antara lain-lain faktor penyebab penyakit jantung ini adalah

  • keturunan
  • pengambilan makanan lemak yang berlebihan
  • alkohol boleh menukarkan lemak baik (sayuran) kepada lemak yang tidak baik
  • merokok mengurangkan keberkesanan paru-paru menghantar oksigen ke jantung
  • kurang senaman menyebabkan lemak tidak dibakar sepenuhnya.

Tanda-tanda penyakit jantung

  • selalu rasa sakit di bahagian dada
  • selalu berpeluh dengan banyak (berpeluh dengan cara yang tidak normal)
  • selalu rasa pening dan muntah

Bagaimana mencegahnya

  • buat senaman yang teratur
  • rawat segera jika anda ada darah tinggi dan kencing manis
  • merokok dan berakohol perlu dihindari demi jantung anda
  • jika berat badan berlebihan,berusahalah dengan senaman dan kurangkan pengambilan lemak.Jangan ambil pil kurus badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan yang lain.