Sunday, April 27, 2008
Peluk isteri 10 saat, panjang umur lima tahun
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. “Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. `
`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. “Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.
Masker untuk kulit berminyak
1 sudu perahan air limau nipis
1 biji putih telur
2 sudu madu
3 biji buah strawberi segar
2 titis minyak pati oren
Cara membuat masker :
- Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
- Sapukan secara merata pada wajah yg sudah dibersihkan
kecuali di sekitar mata
- Biarkan selama 10-15 minit, gunakan tuala yg direndam dlm
air suam untuk munekannya. Tekan dnegan lembut dan
perlahan-lahan.
- Kemudian, cuci dengan air suam, lalu bilas dengan air dingin.
Setelah wajah bersih, gunakan pelembab wajah....
selamat mencuba.....
sayangilah jantung anda
Risiko Penyakit untuk Lelaki Gemuk
2 . Gemuk penyebab kanser.
3 . Gemuk penyebab diabetes.
4 . Gemuk penyebab stroke.
5 . Gemuk punca masalah batu karang.
FAKTA!!!
Bagaimana kegemukan boleh menjadi penyebab kenser?
kajian tentangnya masih dijalankan tapi ada asasnya
telah ada. Dengan peningkatan berat badan, tisu lemak
yang berlebihan akan mengganggu keseimbangan
hormon tubuh. membuatkan tubuh lebih mudah menjadi
tempat pertumbuhan tumor.
jantung anda
masalah saluran darah ke jantung
berdengkur
4 Cara hentikan dengkur Daripada penyelidikan yang dilakukan di American Academy of Otolaryngology, didapati kira-kira 45% orang dewasa mengalami masalah dengkur ketika tidur. Masalah ini lebih banyak terjadi kepada kaum lelaki dan mereka yang mempunyai berat yang berlebihan. Jika anda salah seorang yang mengalami masalah ini, anda boleh menghentikan kebiasaan ini melalui perubahan pola hidup seperti berikut :- 1. Mengubah posisi tidur | |
2. Turunkan 10% berat badan
|
ganguan pernafasan
Masalah sering melanda kulit lelaki :(
Penyakit Jantung : Yang Sering Di Hidapi Lelaki
Melalui laporan daripada Kementerian Kesihatan , penyakit jantung adalah yang paling ramai dihidapi oleh kaun lelaki.Penyakit yang lain pula adalah barah, buah pinggang, tyroid dan kencing manis.
Kenalpasti
- Tidak ada cara lain untuk anda mengenalpasti penyakit-penyakit ini melainkan membuat pemeriksaan sebanyak 2 kali dalam setahun.Teknik ini adalah yang terbaik kerana anda kenalpasti penyakit ini lebih awal sebelum anda terasa sesuatu yang pelik berlaku pada tubuh anggota badan anda.
- Pergi ke hospital kerajaan yang menawarkan pemeriksaan keseluruhan tetapi anda harus bersabar dengan masa.Mungkin anda perlu ambil cuti sehari untuknya.Tetapi jika anda wang lebih, keputusan akan lebih cepat jika anda pergi ke klinik swasta
Penyakit Jantung
Pembunuh nombor satu bagi lelaki selain kemalangan jalanraya.Nisbah antara lelaki dan perempuan yang menghidapnya adalah 5:1.Wanita mempunyai oestrogen yang membantu mengekalkan salur darah dalam keadaan normal.
Punca-puncanya
- kencing manis dan darah tinggi
- pengidap kencing manis dikaitkan dengan kekurangan insulin yang mana insulin bertugas untuk menghancurkan lemak sewaktu metabolisma.Akibatnya, salur darah menjadi sempit dan mengurangkan bekalan darah ke jantung
- tekanan darah tinggi pula boleh mendorong jantung bekerja lebih teruk dan menjadi besar.Oksijen diperlukan dengan banyak bila jantung membesar.Jika oksijen tak cukup, otot-otot jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.
Lain-lain Faktor
Antara lain-lain faktor penyebab penyakit jantung ini adalah
- keturunan
- pengambilan makanan lemak yang berlebihan
- alkohol boleh menukarkan lemak baik (sayuran) kepada lemak yang tidak baik
- merokok mengurangkan keberkesanan paru-paru menghantar oksigen ke jantung
- kurang senaman menyebabkan lemak tidak dibakar sepenuhnya.
Tanda-tanda penyakit jantung
- selalu rasa sakit di bahagian dada
- selalu berpeluh dengan banyak (berpeluh dengan cara yang tidak normal)
- selalu rasa pening dan muntah
Bagaimana mencegahnya
- buat senaman yang teratur
- rawat segera jika anda ada darah tinggi dan kencing manis
- merokok dan berakohol perlu dihindari demi jantung anda
- jika berat badan berlebihan,berusahalah dengan senaman dan kurangkan pengambilan lemak.Jangan ambil pil kurus badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan yang lain.
No comments:
Post a Comment